Cinta bukan sekadar perasaan menyayangi semata-mata,
tetapi apa yang lebih penting adalah harus juga ada keikhlasan
kerana perasaan menyayangi itu boleh datang dan pergi begitu sahaja.
Cinta juga tidak akan berakhir kerana memang cinta tidak harus berakhir.
Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangannya
kekasih terbaik adalah sahabat yang hebat
Jangan pernah merasa takut untuk jatuh cinta
kerana akan terasa menyakitkan saat kamu diabaikan ataupun kamu sendiri yang menyebabkan rasa sakit itu tercipta.
Jangan terlalu mengikut kata hati
kerana akan membuat kau semakin terluka dan terus menerus menangis merenungi rasa sakit itu.
Ketika kamu mencintai seseorang
Janganlah engkau mengharap balasan
Jika kamu memikirkan hal tersebut,
kamu bukan mencintai tetapi cuba untuk mengharap sesuatu
Cinatilah seseorang seperti sungai yang akan mengalir selamanya
Kerana jika kamu mencintai seseorang seperti bunga
bunga akan mati saat musim berganti.
Saat mencintai seseorang,
kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan
Bukan cinta andai ianya hanya membahagiakan..
p/s: sudah serik ma nak bercinta