Friday, March 9, 2012

Ini Hari Kami..

Salam readers..
Okeylah! entry kali ni aku share pasal 

Hari Wanita Sedunia

Okeylah! Sebelum ni aku tak tahu pown ade hari wanita..
Tahun ni baru aku tahu ada hari wanita..
Almaklumlah aku ni remaja, belum sampai lagi masa untuk bergelar wanita..
*SayaMudaLagi*

Kebiasaannya, Wanita adalah orang yang sudah bekerja dan mempunyai kerjaya sendiri..
Ha! Aku ni belajar lagi..umur pown baru masuk angka 20...
*NakMudaSentiasa*

Wanita telah dimuliakan oleh Rasulullah sebanyak tiga kali 
iaitu insan yang perlu kita taat dan kali ke empat barulah kaum adam. 
Wanita juga dimuliakan dengan kata-kata "Syurga di bawah telapak kaki ibu". 
Selain itu, title syahid juga telah diberikan kepada ibu yang meninggal ketika bersalin.
 Tanpa wanita atau ibu, siapalah kita?
*IslamicSeketika*

So sempena hari wanita ni, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 
Selamat menyambut Hari Wanita!


Aku terpanggil  untuk membuat sedikit research mengenai Hari Wanita ni..
*TetibaJerk*

Kenapa Wujudnya Hari Wanita?

Okey, pada Tanggal 8 Mac 1857 iaitu 153 tahun yang lalu,
 satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. 
Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan 
dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah,
 masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. 

Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, 
Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. 
Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.
*Sumber:PerutusanWanitaSedunia*

Dulu wanita sering ditindas dan menjadi mangsa keganasan. 
Dengan wujudnya Hari Wanita Sedunia, 
nasib wanita telah terbela kerana dua perkara telah diketengahkan iaitu untuk mengecapi keamanan, keselamatan, kemajuan tamadun, memartabatkan hak asasi manusia dan asas-asas kebebasan, 
kita memerlukan penglibatan yang aktif dari kaum wanita. 
Oleh itu kaum wanita perlu di beri layanan yang adil dan saksama kerana kemajuan wanita melambangkan kemajuan sesuatu bangsa. 
Selain itu, untuk memperakui dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam mengukuhkan keamanan, keselamatan dan keadilan sejagat.

Kini, 
tujuan sambutan Hari Wanita Sedunia lebih diperkukuhkan.
 Antaranya untuk mempromosikan langkah mengetatkan undang-undang dalam menangani isu wanita, 
contohnya isu pelaksanaan undang syariah di mahkamah syariah, isu undang undang yang lebih ketat kepada perogol, pendera dan penganas rumahtangga.

Selain itu,
memberikan kefahaman kepada orang awam mengenai agenda wanita untuk perubahan. 
Pihak berwajib juga perlu untuk memperkemaskan latihan
dan kemahiran serta penyelidikan dalam isu-isu wanita 
selain menghulurkan pertolongan kepada golongan wanita yang tidak bernasib baik 
agar wanita mendapat kualiti hidup yang lebih baik. Di samping itu, sambutan ini juga bertujuan untuk menyedarkan wanita betapa perlunya mereka mempunyai kesedaran berpolitik 
dan memantapkan ekonomi diri.

Sebagai seorang wanita,
aku berharap agar semua pihak terutamanya kaum adam lebih memahami 
dan menyelami perasaan wanita dalam meniti kehidupan seharian. 
Wanita seharusnya perlu untuk berdikari 
dan tidak mengharapkan atau terlalu bergantung sepenuhnya pada lelaki 
kerana kita tidak tahu kemungkinan yang bakal berlaku di masa akan datang. 
Hal ini kerana jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, 
wanita akan lebih bersedia dengan cabaran dan ranjau kehidupan akan datang... 



Okey! credit to teratakusang..
Entry dia menarik minat aku untuk wat entry ni..
Entry yang sangat adat tetapi penuh dengan isinya.
*TerbeliakSeketika*

So, kepada kaum adam?
Bila plak hari korang yer?
*GelakJahat*
Okey! Bubye!

p/s: Sory late update sebab kesuntukan masa..

Bila Ini Akan Berakhir?

Salam Readers..
Entry kali ni aku nk citer pasal

JADUAL FINAL EXAM

Untuk makluman reader..
Semua student Politeknik 1 Malaysia akan menghadapi Final Exam pada 
23 April 2012 Hingga 04 Mei 2012..
So, Hanya tinggal sebulan jer dari sekarang utk menghadapi exam..
*TetibaNakDemam*

Pada 7 Mac hari tuh.
Jadual Peperiksaan Deraf 1 dah keluar..



OMG! Jadual periksa yang sangat padat..
Inilah paper yang akan aku ambik masa final nanti..
Alhamdullillah...Paper aku hanya 3 hari jer tapi sakit banyak lah..
*Yuppi!! BolehBalikAwal*

Hari Pertama: Data Structure + Object Oriented Programming..
Okey! Dua paper dalam masa 1 hari & Gap dalam mase 1/2 Jam...
Subjek yang kedua2nya bermain dengan coding..
dan dua2 subjek killer..mampu membunuh otak aku..
*TerusDemam*

Hari Kedua: Desktop Publishing + Computer Network
Okey! Dua paper lagi dalam masa 1 hari & Gap dalam mase 1/2 jam..
Actually, Desktop Publishing Tak Ada Final..sebab kitorang ade final project untuk subjek ni..
Tak taw lah macam mana boleh ade..kalau masuk final subjek ni, aku tak taw lah nk cakap ape..
*Lukis2Bagai2*
Computer Network subjek yang sangat memerlukan imaginasi yang tinggi..
Sebab nk bayangkan network tuh beroperasi, Susah ooooo
*PeningPening*

Hari Ketiga: Database System..
Alhamdulillah, 1 paper jer dan waktunya petang..
Database 1 subjek yang aku paling suka sekali..
Syok taw belaja subjek ni..
*BilaNak Habis*

Okeylah! bila tengok jer jadula ni lame2..
Sedar tak sedar, meleleh air mata aku..
Tak tahulah aku kenapa aku menangis..
*TakPenahJadualMacamNi*

Okeylah! Tak ada masa dah nak main2..
Tak ada masa dah nak jalan-jalan..
Tak ada masa dah nak tidur lame-lame..
*Hmmmmmmm*

Sekarang yang perlu aku buat adalah 
Belajar,Belajar & Belajar..
*OtakKejang*

Aku rasa cukuplah sampai sini jer aku citer..
Malas nk citer panjang2 dah..
Okey! Bubye!

p/s: Kawan aku cakap jadual ni hanya perancangan jer,,harap2 lah perancangan jer..tak sanggup...

Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday: Im Strresss


Tuesday, March 6, 2012

It's My Baby

Salam Readers,
Entry kali ni aku nk cerita cikit pasal BABY aku satu ni..
*BelumKahwinDahAdaBabyHangAda?*


Nama: Camera DSLR
Nama Samaran: Baby
Harga: RM++++
Model: D3100
Brand: Nikon
Tarikh Lahir: 26 Januari 2011 Jam 3.00 petang
*HakMilikKekal*

Okeylah! Inilah Baby aku..Chumilkan???
Alhamdulillah... mengimbas kembali macam mana aku boleh beli camera ni..
Sebenarnya Abah aku lah yang bagi aku $$$ untuk beli camera ni.. Abah!
*TimeTuhAbahTengahKaya*

Sebelum nk beli camera, aku mintak pendapat Roomate aku time tuh, Nurul Qurratu'Aini..
Camera apa yang patut dibeli? Jenama apa yang bagus? Function camera tu macam mana?
Then dia pown tanya member dia, mintak pendapat sebab member dia tu photographer.. 
So, member dia suggestkan beli Nikon model ni kat Kedai Color n Color,Komtar..
Sebab dekat kedai tuh harga camera murah,,
*JauhMerantau*

Bila abah da masukkan duit, aku apa lagi..
Mengajaklah budak kelas aku,
 Si Atiqah & Si Zalikha beli camera ni..
Kami pergi survey dekat Komtar..
Mula2 terpikat pada Canon EOS 1100D..yang Yuna jadi duta tuh..


Then tak jadi.. 
NIKON D3100 juga yg memikat hati aku..
*SyabasNikon*

Orang tanya aku: "Motif beli camera?"
Aku jawab: "Saje isi masa lapang..suka take pix guna camera ni,cantik!"

Orang selalu fikir yang bila beli camera macam ni, 
Orang akan kata yang kita nak jadi protographer
*PositiveComment*
Orang akan kata yang kita nak menunjuk-nunjuk..
*NegativeComment*
Orang akan kata macam-macam...
*Positive&NegativeComment*
Depends on that person lah nak fikir apa...Yang pasti aku pown ada sebab kenapa aku beli Baby aku ni..

Alhamdulillah, sekarang aku dah pandai lah ambik gambar..
*EditPerluDiPerbaiki*
Tapi bukanlah hebat seperti seorang Photographer..Tak berkesempatan lagi nak jadi seperti itu..

Okeylah! 
Setahun dah usia Baby aku ni..Alhamdulillah, Sihat lagi..
Cuma hari tu kulit muka dia calar cikit sebab gado dengan Casing memory dalam rumah dia..
*ScreenProtectorCalar*
Tapi sekarang dah cihat dah..aku pegi bawak Baby aku ni tukar kulit muka yang baru..
*CantikMacamMasaMulaMulaBeli*

Baby aku ni banyak dah berjasa dengan aku..
Kalau keluar pegi outing mesti WAJIB bawak..
Tak boleh tinggal sorang-sorang,BAHAYA!
*SekarangRamaiOrangCulikBaby*

Okeylah! 
Aku rase cukup sampai disini sahaja pasal Baby aku ni..
Dah banyak aku merepak..
Kalau yang PAHAM TAHNIAH! 
Yang TAK PAHAM USAHA lagi!
Nanti pape aku update lain pasal Baby aku ni...
Bubye!

p/s: Bakal Jadi Photographer pada tunang kakak aku! Auuwww Tak sabar

Saturday, March 3, 2012

It's Was A Great Day

Salam Reader..
Entry kali ni aku nk citer pasal 1 hari jumaat..
Jumaat, aku dengan sukanya dengar apabila kelas x ade 1 hari..
disebabkan tak ade kelas,hari khamis malam tu aku n housemate aku dok layan movie sampai ke pagi..
Effectnya, tido tak ingat dunia. nak dekat tengah hari baru bangun..
*takbolehbuatisteri*

Bangun tidur, mandi then keluar plak tengok wayang dengan Member2 aku..
tak jauh pown, kitorang kuar takat pegi Jusco Banda Perda...
*JimatkanKosPengangkutanKurangkanPencemaranAlam*

Sebelum tengok wayang, kitorang semua decide nak g makan dulu..
So, the special day, kitorang makan dekat 


*Belagak Kaya Seketika*

1st dapat menu,
ape lagi,aku pun belek punya belek nak dekat bape kali tah,
then kami pun orderlah menu nieh...

Makanan..


                                          1.Chicken Baked
                                          2.Lasagne.
                                          3.Black Paper Rice Chicken.
                                          4. Prawn Penna With Cheese.

Minuman.


                                          1. Iced Chocolate.
                                          2. Asam Boi.
                                          3. Cappucino Espresso Iced Blanded.

*demandkan?*

Snap@Snap@Snap


Umul, Fairuz, Ai, Atikah, Liyana, Zalikha, Izzaty
behind camera: it's me...


Mungkin orang lain dah banyak kali makan dekat Secret Receipi,
tapi aku, ini adalah kali pertama aku makan dekat sini..
*SayaHanyaInsanBiasa*

Then, bile dah hbs makan, masing2 dok kelam nk g wayang..
sebab wayang da nk start...
sebelum g makan td kami dah g beli tiket..
tu yang kelam bile wayang da nak start..

kitorang decide nak tengok cerita ni..

Cinta Kura-Kura.
4.15pm.
Seat M8-M15.
*satu baris kami corncert*



Wah!!! syok taw tengok cerita ni..layan habis..
name jer cerita cinta,  tapi ade gak lawaknya..
*Gelak Tak Ingat Dunia*

Habis jer tengok cerita Cinta Kura-Kura,
aku dengan lieya dok layan lagi wayang citer Adnan Sempit.
*NasibBaikSempat*

Adnan Sempit.
5.50pm.
Seat Q14&Q15.
*BukanSeatCouple*


Kami tengok dua orang jer sebab yang lain tak nak tengok..
hahahahahahahahahahhahahaha
*gelak jahat*


Sumpah weh!!! Syok sangat cerita ni..
memang tak rugilah beli tiket..
Aku gelak tak henti-henti..
sampai naik kejang perut aku gelak..
kalau tengok banyak kali pown aku rase tak rugi..
I give Five ✰✰✰✰✰..


Lieya ni lagilah,,
kalau boleh nak gelak guling-guling dalam wayang tuh..
gelak tak nak kalah...wayang tuh dah macam rumah sendiri di buatnya,,,
*NasibBaikSeatAtasSekali*

Dah lepas tengok wayang, aku ngan lieya ni dok g meronda 1 Jusco..
Nak carik keje part time..
Alhamdullillah.. rezeki Allah bagi,dapat jugak aku keje..
*ContinueNextEntry*

Okeylah! 1 hari jumaat yang sangat menyeronokkan..
The whole day with my beloved Friends..
♥  u'll
*AmbikSorangSatuTakPayahNakBerebut*

p/s: Penat Sangat..

Yuna-Memo


I dont mind if you wanna stay
With that smile upon your face
Hang around for a little while
Please dont drive away even for a mile

Different continents
Its not a thing
Coz i know we’ll be okay
Endless borders,countless days
Our love will pave the way

I’ll be your wall
For you to lean on
When you fall just try to hold on
I’ll be back in your arms
Toegther we’ll always be
For what may come
For what may come
I dont mind if you are far away
I’ll be waiting for you anway
Under the sky of sunshine o rain
I know ‘m gonna be in your arms again

Different continents
Its not a thing
Coz i know we’ll be okay
Endless borders,countless days
Our love will pave the way

I’ll be your wall
For you to lean on
When you fall just try to hold on
I’ll be back in your arms
Together we’ll always be
For what may come

Together we’ll always be
For what may come
Together we’ll always be
For what may come
For what may come

Friday, March 2, 2012

Jelous


Salam Readers..
Entry kali ni aku nak update pasal Jelous atau dalam bahasa melayunya Cemburu..
Nak taw sebab ape aku jelous?
sebabnya Kakak-Kakak aku semua tukar gadget baru..
*sakithati*
mane aku xjelousnya... sorang pakai phone ni...

Samsung Young..

sorang lagi pakai phone ni,,
Nokia Lumia



sorang lagi pakai phone ni.
Blackberry


manelah aku tak jelous?
phone semua mahal2,
touch plak tuh..
hmmm

aku plak?
phone lampu kuning jer taw..sumpah aku tak tipu
hmmm dalam mimpi jerlah nak pakai phone mahal2 ni..
yerlah aku ni belajar lagi..dulu time keje, nk beli phone mahal2 mak aku tak bagi..
phone cikai2 jerlah aku pakai..nak buat macam mana, mungkin belum ade rezeki..

(^____________________________________________________________^)

p/s: Abah, belikan dayah I-phone please.. :'(