Friday, July 13, 2012

Semester 4 :)

Salam Readers..
Entry kali ni aku nk update pasal 

New Semester 


Dah kenap tetibe plak aku letak pix welcome back???
Hurmm mesti ade something happen to me???
*BerfikirSejenak*

Actually. 
Welcome back kepada semua member Politeknik yang rata2 semuanya dah start mendaftar semalam ..
Semoga kecemerlangan semester lalu dibawa ke semester ini....
Semoga terus berjaya...
*ChayokChayok!*

Kepada memberku di Politeknik Seberang Perai.
Dah nak masuk 2 tahun rupenya kita semua kt sini an???
Kenangan bersama korunk  tak kan dilupakan...
Kenangan baik dan buruk xelok disampahkan...
Pengalaman mengajar kedewasaan..
Gudluck guys!!!
*Memories*

Rakan2 seperjuangan yg memegang title " MAHASISWA" sudah pun memalukan semula perjuangan mereka, 
Actually aku yg lewat...why Politeknik tak sama ngan IPTA yang lain???
*GaruKepala*


Welcome back to Member2 Faceb00k yang dahulunya DEACTIVATED kononnya, 
kini muncul semula...
Welcome Back, sama-sama kita meriahkan wall aku ek..
Like, Comment, C&C....
papejela...still want to wish welcome back to FacebOoker.... 
*HentakKepalaKatDinding*

Welcome back yg paling special untuk diri aku sendiri......hurmmm apakah? 



Welcome to Next Semester..
Semester 4..
Welcome Back kepada semangat nak study 
Welcome Back kepada semangat nak jadi dak rajin
Welcome Back kepada normal life....
*MacamPelikJer?*


p/s: Pas ni mesty banyak benda nak update kan?

Friday, July 6, 2012

4#: Last Badminton

Salam Readers..
Entry kali ni nak SharingCaringLoving about

~LAST BADMINTON~

Kitorang still main dekat tempat yang same..
ARENA89, Klang..
Kitorang main 1 jam jer malam ni..
Dari kowl 8.30Mlm-9.30Mlm..
Biaselah malam minggu kan, ramai orang... 
*Seronok*



Okey-Muka ceria jer main badminton kan? 
Of coz lah! tak nak lah kan tension2 main badminton..
Tak seronok..
*SmileMakeFun*


Still same macam sebelum2 nie..
Aku still lagi group dengan Shafida..
Ops! Lupa plak nak bagi taw, 
Kali ni aku dapat kawan baru lagi..
Name dia Bella..member keje Shafida 
Setiap kali main badminton mesty aku akan dapat kawan  baru..
*Korunk Ader?*

Macam biase..
Aku dengan Ida.. Echa dengan Bella..
Hmm keputusannya masih same..
~Kalah~
But is so k... itu tak patahkan semangat aku untuk main badminton lagi..
*BagosDayah!*



Lepas Habis main badminton,
Kitorang lepak jap kat luar court tuh...
Ambik angin bak kata orang..
But dalam mase yg same... Snap!Snap lah jugak..
Okeys! ni Shafida n Echa..
Yang lelaki kat belakang tuh, abaikan..*GelakJahat*
Ish! hmm yg tuh adik angkat Shafida..
But sorry, im forgot the name...
*BudgetSpeaking*


Lastly,
Aku take pix dengan diowg untuk kali terakhir before aku balik penang..
Pas ni tak dapat lah nak main badminton same2 dah..
Pasni masing2 mesty dah buzy..
Terutamanya aku..
Pape pown,
Thanks to Shafida coz dia lah yg selalu bawak aku pergi main badminton ni..
Then, to Shafida n Echa serta member2 yang lain,
Sorry if ade salah silap, kadang2 mulut ni lancang jugak berkata2..
Pasti pas ni aku akan rindu nak main badminton dengan korunk..
But seronok sangat taw main badminton dengan korunk, fun sangat..
*Sob!Sob!*

Okeylah babe! 
Sampai Sini jer entry Badminton berakhir...
popeye :)

Thursday, July 5, 2012

Bowling

Salam Readers...
Entry kali ni aku nak share pasal

~BOWLING~


Dari Kiri:
Faten, Nisa, Aziemah, Basirah, Aku, Azlin

Before Aku continued cerita aku,
Nak g taw cikit lah,
Actually, Azlin, Faten n Nisa ni,
Member kerja time aku kerja........
Kenny Rogers Roaster lepas SPM dulu...
Yang Basirah n Aziemah tuh member Azlin..
*SayaDapatKawanBaru*

Dah lame sangat tak jumpa diowang semua ni..
Adalah dalam setahun..
Hey! setahun pun lame okeyh!
Tu pown macam2 citer yang Si Azlin ni citer kat aku..
Kalau lah leh tulis kat buku,
Aku rase dah boleh wat novel dah citer Si Azlin niewh..
*GempakBaqHang*

Okey-okeyh! cukup sampai sini,
Now continued my LittleSugarSweetStory with them...
*Stalker2*


Siang tadi, 
Aku,Azlin,Faten, Nisa,Basirah & Azimah..
Pergi main bowling dekat Ampang superbowl,KlangParade..
*OrangKlangTawlahKan*

Tapi yang main kan,
Hanya 4 orang jer..
Aku,Azlin,Faten,Nisa...
Basirah & Aziemah diowang tak nak main..
*TakotKalahLahTuh*


Yang ni markah kami utk separuh game pertama..
Kitowg main 2 game..
1st game,  kitowang main 3 orang jer..Aku, Azlin n Faten..
Time ni Nisa OTW from shah alam okeys..Jauh lah gak..pusing2 jalan..
Tu yang kitowang main dulu tuh..
*Seronok*


Diowang ni lah member tempat kerja lame aku..
Seronok sangat dapat jumpa  dengan diowang..
Lepas rindu seketika kat diowang..
Masing2 still lagi macam dulu..
Tak berubah langsung..
*FriendsForever*


Okey! ni lah gaya masing2 main bowling,
masing2 nak tunjuk handal lah...
*KalahModelKau*


Lepas habis jer 1st game,
Yang si Nisa ni pown dah sampai..
Kitowang continued for 2nd game..
Baling punya baling,
Lontar punya lontar,
Jari pown naik patah dah..
Effect dah lame tak main bowling,macam ni lah..
Finally,
Jeng!Jeng!Jeng!
tu jerlah mata yang masing2 dapat kumpul..
Biaselah, orang perempuan kalau main, macam ni lah..
*MainWatSyaratJer*


Inilah gaya Juara Bowling..
*ElakKenaCepukJerKan?*

Okeylas lepas jer habis main bowling,
Kitorang semua g makan kat Food Court kat cituh.,.
Perut masing2 dah keroncong kecorong dah,
Diowang semua makan Mee Sziling..
Aku sorang jer makan nasi Ayam..
Sorry lah, i tak makan Sizzling2 niewh..
*BudgetHot*


Lastly, 
Kitorang semua bergambar sebagai kenangan dekat pokok BigApple ni..
Gaya masing2 xnak kalah kan?
Mengalahkan model kat luar sane tuh..
*Masing2BudgetCun*


To Faten, Nisa,Aziemah,Basirah n Azlin:
Thankz sebab ajak aku kuar skali dengan korunk..
Seronok dapat main bowling+jalan2 dengan korunk..
Sorry if ade salah silap..
Hope dapat jumpa korunk lagi pas niewh..
Terima Kasih kerana memberi Aku 1 kenangan yang indah dalam persahabatan kita...
*SayangKorunk*

Okey u'lls..
Sampai sini jer citer pasal ni..
See u'll next entry owkeys!...

p/s: Kenangan Itu Indah


Wednesday, July 4, 2012

Ada Apa Dengan "Nisfu Sya`aban"?

Salam Readers..
Entry kali ni aku nak share pasal 

NISFU SYA`ABAN

Apa yang menarik tentang malam ni yer?
Ha! kat sini aku ade search kat google mengenai ni..
*JomStalker!*



Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. 
Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, 
Amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru 
setelah setahun berlalu. 
Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. 
Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. 
Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban..
*Subbahanallah*

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin 
selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. 
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
*Alhamdulillah*

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai..
*Insyaallah*

Ya Allah!
Sungguh indah malam ni..
So, kita sebagai hamba-Nya, marilah kita lakukan apa yg patot dilakukan..
Yang di tegah oleh-Nya, jangalah dilakukan..
*Hopefully*

Okeylah readers..
Samapi sini jer yang dapat aku share mengenai ape yg aku dapat..
Hope korunk suka :)

p/s: Rugi tak dapat puasa esok :'(

Wordless Wednesday: Makan, Tidur



Tuesday, July 3, 2012

3#: 2nd Last Badminton

Salam readers...
Entry kali ni nak citer pasal 

~Second Last Badminton~

Bukan bermakna "2nd last" aku main badminton dalam hidup aku,
But "2nd last" main badminton dekat Klang..
Sebab next week dah balik penang..
Continue my study..
Tak tahu lah bila lagi dapat main badminton kat sini lagi
*Sob!Sob!*


Semalam,
kitorang main 1 jam..
Dari kowl 8.30mlm-9.30mlm..
Aku, Shafida, Echa dan Ayu..
Setiap kali main mesty aku dapat kenal member baru..
*HappyFriends*


Macam biase aku group dengan Shafida lah..
lawan kali ni..

ShafidaHidayah vs EchaAyu

The result is....
Kami kalah lagi..
Tak perlah mungkin tak ade rezeki..
*Alahai*


Something happens to me..
Excident yg tak di sengajakan..
Mata ku telah di attack oleh echa..
Mata aku terkena bola badminton tuh..
Sumpah! Mata aku sakit sesangat..
berair macam menangis..
*Sakit!*

Untuk kali ni, kitorang tak sempat nak take pix,
Masing2 kejar masa..
Ade hal katenyer..
*Kowtlah*

Okeylah! see u'll next entry k.. 
Popeye :)

p/s: Bilalah nak menang niewh..

Monday, July 2, 2012

KDS1M

Salam Readers..
Entry kali ni aku nak share 1 berita yang amat seronok untuk dibaca 
specially STUDENT!

~KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA~
(KDS1M)


Baru-baru ini, 
 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) 
telah mewujudkan KDS1M untuk student IPTA&IPTS kat malaysia ni..
Kad ini juga sebenarnya cadangan yang dikemukakan sendiri oleh pelajar
pada mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 Nov tahun lalu..
Katernyer, kerajaan wat semua ni untuk meringankan kos sara hidup student..
Yerlah kos sara hidup skrg semua tinggi2, xdew pown yang rendah..
Air kosong pown 30sen..
*Sakit!Sakit!*

Yang paling bestnyer kan,
Kerajaan bagi Kad ni *free* jer kat student yg study dalam jangka masa setahun keatas..
Bertambah bestnyer lagi kan,
KDS1M menawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus...
Lepas tuh kan,
Dekat kad tuh ade tertulis nama,nama IPT, & no student kita
Lepas tuh lagi kan, 
Kad ni leh leh dapat diskaun antaranya dekat: 
KFC
A&W
Bata
Mydin
Tune Hote
Texline Lino
Focus Point 
Daily Fresh Fruit
Chicken Rice Shop
BKZ Bikerz Sdn Bhd
Koperasi Celcom Berhad
SERTA BANYAK LAGI..
*SERONOK!!!*

But korunk jangan ingat yang dekat semua kedai ada diskaun,
Kang tak pasal2 kedai mamak pown korunk tunjuk kad tuh..
Kad ni diskaun kat barangan dan perkhidmatan yang terpilih jer..
Kita as a student haya perlu tunjukkan kad ni, i/c or kad student untuk dapatkan diskaun...
*MustRemember!*

Kad ni akan diedarkan kepada student tak silap aku
Awal September 2012..
dan diedarkan pada student semester terakhir dulu..
Barulah student2 yang lain..
*Lambatnyer..*




Wah! Terima Kasih lah dekat Kerajaan Malaysia..
Sebab tahun 2012 jer macam2 kemudahan yang diowg dah buat untuk kesenangan rakyat..
Dekat student jer,
Baucer Rm 200 untuk pelajar IPT..
Skunk ni,
KDS1M plak..
*Bagus!Bagus!*

Okeylah! Hope student semua dapat menggunakan kad ni dengan sebaiknya..
Jangan sia- siakan apa yg telah kerajaan wat untuk kita semua..
*Hopefully*

Okeylah readers..
Rasenyer cukup sampai sini ajelah pasal KDS1M..
Nanty kalau ade pape perubahan,
aku update lain okeys...
Popeye..

p/s: Agak2 bile boleh dapat ek KAD ni???*Garukepale*