Sunday, February 12, 2012

Pesanan Buat Adik :)

Adikku sayang Muhammad Hanif Bin Md Nayan..
Alhamdullillah, Allah telah menemukan seorang adik yang sangat baik kepada akak..
Walaupun adik bukan adik kandung akak, tetapi akak tetap menyayangi adik seperti adik akak sendiri..
Terima Kasih kerana memberi peluang kepada akak untuk merasai kasih sayang seorang adik..

Adikku sayang,
Akak sangat gembira dapat bertemu adik walaupun hanya sekali dan dalam masa yang sangat singkat..
Teringat akak pada kata-kata Imam Al-Ghazali:
"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan bibir tapi terletak pada ingatan Seseorang terhadap saudaranya didalam doanya"..
InsyaAllah, akak akan sentiasa doakan adik..
Akak juga berharap agar kita dapat berjumpa lagi selepas ini..

Adikku sayang,
Sebenarnya akak pun tak tahu nak cerita pasal apa.. 
Maklumlah akak tak pandai sangat bercerita...
Mungkin akak boleh berkongsi sesuatu dengan adik..
Moga-moga ianya dapat memberi manfaat kepada adik dan juga akak..
Ini nasihat seorang kakak kepada seorang adik..

Adikku sayang..
Mengimbas kembali perkenalan akak dengan adik 5 tahun lepas, 
Sungguh banyak kenangan walaupun kenangan akak denagan adik hanya di hujung talian..
Sungguh pantas masa berlalu meninggalkan kita..
Sekarang adik dah mencecah 19 tahun..
Sudahpun remaja..
Semoga adik akan terus membesar dan menjadi seorang muslim sejati, 
Semoga adik menjadi kumbang agama yang hidup subur di taman islam..

Ketahuilah adikku,
Hidup kita bukan untuk berduka ria sahaja tapi Allah menjadikan kita dengan tujuan dan matlamat yang besar Supaya kita menghambakan diri kepadaNya..
Sentiasalah kita ingat akan tujuan hidup kita
Walau apa pun yang kita lakukan, ianya tidak akan terlepas daripada tugas seorang hamba..
Paksalah dalam diri kita supaya apa yang kita lakukan adalah kerana Allah..
Ibadah yang kita lakukan itu luas, pekerjaan apa pun yang kita buat kalau kita niat kerana ALLAH,mengikut Syariat, melakukan ibadat khas dan manfaat kepada diri kita, ianya merupakan ibadat kepada Allah..

Ketahuilah adikku,
Setiap perbuatan yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak..
Jagalah tingkah laku adik sebaik-baiknya..
Adikku..sedarlah kita akan kembali kepada Allah selepas ini.. 
Kutiplah bekal sementara kita masih hidup ini..
Bawalah bekal kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa..

Adikku sayang.. 
Akk rasa setakat ini dulu buat kali ini
Semoga adik sentiasa dirahmati oleh Allah.
Sekian dari akak yang sentiasa merindui adik..
Terima Kasih menerima akak sebagai kakak Adik..


p/s: Pertama kali jumpa adik setelah 4 tahun kenal..
Tarikh : 3 September 2011

p/s: Ayat ibunda weh.. tak caya aq leh wat ayat gini..huhuhu
p/s: take from my note at fb..